Wednesday 27 February 2013

I'm not FAT. I'm just easy to SEE!

ASSALAMUALAIKUM

Dikala ini semua classmate ku sibuk mengupdate nota-nota mereka.. Aku? Sibuk mengupdate nota MAYA aku ni.. OK! Aku baru perasan blog aku yang sangat kurang mendapat pageview ni sangat CHILDISH ! SANGAT ok! Bukan sedikit sangat nya.. Tapi.. KETERLALUAN SANGAT CHILDISH! dush kena sebijik kat muka kau cik rose..

Menulis bagai nak rak.. Bukan main.. Tapi page view still sikit.. HAMPEH.. Ok kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, cikgu-cikgu mahupun bapak-bapak yang membaca entry aku kali ni.. [macam ramai je]

Apa pon tak bole.

muahahhahahahahahahahahaha.. Ok Motif ape pulak kali ni aku menulis? Ok actually cik rose nak berkongsi tentang benda harian yang berlaku dalam hidup cik rose je.. Tiada apa yang menarik tapi ade aq kesah? nak share gak..

Adalah sekali ni cik rose bercerita dengan kawan-kawan cik rose yang sekepala dan sebulu dengan cik rose pasal DIET! muahahahahahaha! cik rose ni memang la jenis yang BODY tak berapa nak kurus lah kan tapi 'i'm not FAT i'm just EASY to see'.. muahahahaahhaha.. Pada aku la selagi aku tak kacau kau tak perlulah pertikaikan kecantikan body i! ok. NOKTAH! Bila mereka tanya kenapa aku 'berisi' jawapan aku senang je.. 'Body frame family aku memang besar'.. Ok! alasan yang amat klise. bak kata My Beloved And Super Cute Ibu..' Alasan tu ibu dah dengar dari dulu lagi dah angah'

ok malu! 

Bukan salah aku BERBADAN TAK BERAPA NAK SLIM! muahahahahah.. Dah baka nak buat macam mana..

Tapi kawan-kawan seperjuangan aku selalu pelik. Soalan biasa yang aku dengar.. 'macam mana kau berhadapan dengan orang ek jia? macam mana kau bole confident ek bila dengan orang'. As simple as eating nuts. Ok. Tak payah la kau sibuk memikir ape yang ada dalam KOTAK FIKIRAN orang yang berada di hadapan kau tu! hah. SIMPLE. SENANG. Orang 'berisi' pon manusia kan? Kenapa? Ade ke SYARAT AM kemasukan ke IPTA tu cakap pasal 'hanya student yang ade body shape cantik jek bole apply'.. SILAP BESAR adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu! Yang penting PANDANGAN ALLAH bukan PANDANGAN MANUSIA..

 So, pada aku bentuk badan bukan masalah besar! ok. TITIK. ade orang nak kurus sebab nak try macam-macam trend fesyen sekarang.. AKU? memang t-shirt , jeans and selipar jamban aku je la.. Tak payah nak ber peplum sangat. [tak tahu la betul ke tak name baju yang berombak-ombak tu].. Tapi kalau aku nak diet mungkin ade satu sebab jek kot.. 'sebab ibu, ayah aku dah tak dapat tanggung aku lagi'....

Maaf kalau ada diantara words yang aku guna agak kasar.. Biane! 

Konklusinya, niat kita yang akan membantu proses ! Berdiet la kerana kau mahu memudahkan pergerakan kau BERIBADAH.. Bukan kerana TREND PAKAIN sekarang yang INDAH-INDAH belaka!  ^^


 

1 comment:

  1. Agree Cik Rose! Kalau kita selesa dengan badan sendiri, tak payah pikir cakap orang lain.
    Haha, actually, aku pun dah gemuksss....

    ReplyDelete