Thursday 18 July 2013

Alhamdulillah,,,
Syukur ke hadrat Illahi, Aku masih mampu menulis...
Sudah seminggu lebih kita berpuasa.. Yeay nak raya.. Ingat raya je kau ni Jia.. Nak makan penampaq En. Hadznin ke? Puasa pun tak habis, Al-quran pon tak khatam lagi utk puasa kali ini,,,
Dah pikiaq nak raya jer.. Senonoh sikit boleh tak perangai tu cik kak oi!!!
Lalalalalalalalala.. Hakikatnya kau orang pun nak RAYA sama kan... Itu lah yang membezakan kita dengan AGAMA lain.. Selain daripada Raya kita yang lebih bermakna kerana penuh PENGORBANAN..
Sahur juga adalah amalan yang dituntut sebab ini membeza kan kita dengan MEREKA-2 yang BERKENAAN... OK HIGHLIGHT KAT SINI BERKENAAN.. means yang bukan beragama islam lah kan...Ok ini adalah mukaddimah ayat aku.. Berjela aku bermadah baru mukaddimah? BIAQ PI LAH.. Hang Sibuk apa pasai? kah3..

Ok aku menulis ni kerana ingin meluahkan rasa kurang senang aku terhadap mereka-mereka yang GAGAH lagi PERKASA dan ada juga yang HANDSOME tapi TAK PUASA!!!!!!!!!!! Beli makanan kat gerai pukul 12.00 pm.. OK kalau kau beli makanan pukui 5.00 p.m org percayalah kau buat BERBUKA,, ni pukul 12.00 p.m... Azan Zuhur pun belum.. Ke kawasan anda BUKA pukul 12.00... Kawasan mana tu? Sila bagi koordinat nak GPS-2 sikit... Mana tahu nak pindah sana kan... Boleh la buka pukul 12.00 p.m macam awak2 semua,, Bole jalan-2 kat bazaar pukul 11.00 a.m... Yela buka kan pukul 12.00.... Kalau tak pun mesti tuk Bilal azan MAGHRIB pukul 12.00 kan? Ya ALLAH... Bukan nak menghina anda,, Tapi ingatlah pekung sendiri jangan buka,, dah sah-2 la kedai tu kat tempat public kau boleh selamba badak, gajah dan kucing je kau beli makanan tengah2hari buta macam tu,,,, Hilanag akai kah???

Tu namanya MOKAH... betol ke aku eja,,,, atau nama dalam buku SAINS terbitan LONGGIRL adalah 'Berbuka Sebelum Masuk Waktu Berbuka' hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... itu nama saintifik nya.. Beb adik sedara aku umuq 6 taun pun bole puasa penuh satu hari tapi 100 kali lah tengok jam.. Naik juling bijik mata.. tapi tak pa lah dia PUASA kan? Lagi best kalau kau dah la tak puasa lepas 2 iftar sama-2 org puasa... lagi seronok pergi terawih lepas tu makan MOREH... heiiiii... deiiiiiiii.. MELAMPAU dah ni... Ingat lah mungkin ini Ramadhan terakhir kita.. Buat lah yang terbaik untuk dapat KEBERKATAN dan KEREDHAAN ALLAH Yang Maha Esa.. :)

Berpuasalah kerana ALLAH sepenuhnya bukan kerana DUIT RAYA mahupun HANDPHONE RAYA =.=
P/s: Semakin sibuk dengan hal DUNIAWI.. Tapi hal AKHIRAT jangan ditinggalkan.. Dahulukanlah yang WAJIB.. :)

Wednesday 10 July 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah awak-2 semua puasa pertama kita dah settle.
Cuma kita mampu doa semoga semua ibadat dan puasa kita diterima oleh Allah S.W.T.
Semoga masih ada hari esok, lusa, tulat dan hari kemudian utk kita beribadat kepada DIA,
Sesungguhnya dia Maha Kuasa,
In Sha Allah,
With my kazen! Super cute girl...

# Semoga Allah curahkan Rahmatnya kepada kami.. Ameennn ya rab.

Tuesday 9 July 2013

Hai hello ( ala2 Madame Jang dlm Gag Concert )
Assalamualaikum..
Dah berhabuk, bersawang dan berlumut rasanya BLOG aku ni..
muehehehehehehehehehehehe ( ketawa ala2 Witch )
Ok aku menulis ni sempena mengisi waktu senggang di bulan Ramadhan yang mulia ni hah..
Ye la aku kan masih di bawah label adik-adik yang masih BERSEKOLAH,
MASIH UNDERAGE!
Hari ni aku nak story morry pasal TUDUNG LABUH vs. TUDUNG KONTOT
sekarang ni macm2 jenis tudung adakat pasaran, orang pakai tudung dah mcm utk FESYEN..
Tp mungkin ada hikmah kat situ,
Mungkin pada awalnya diaorang pakai yg fesyen2 tu utk ke level yang seterusnya iaitu bertudung mengikut PERINTAH ALLAH ye bukan kerana FESYEN..
Ok aku pun tudung SETENGAH la, muahahahahahaha...
Antara labuh dan kontot..
tp aku tengah berlatih ke arah yang lebih baik, melabuhkan pakaianku, melonggarkan pakainku, melabuhkan tudungku, ye aku tengah BERLATIH dan BERTATIH..
Doakan semoga Ramadhan kali ini mengubah diri ku LUAR dan DALAM ok...
Target puasa tahun ni bikan NAK KURUS tapi nak jadi HAMBA ALLAH yang lebih baik..
Mustahil utk jadi yang terbaik tp aku cuba untk menjadi lebih baik..
ok.... jap tetiba ade lagu skit ni...

tudung labuh jangan lupa pakai,
tutup lah mana yang perlu,
hand sock dan sarung kaki,
juga wajib pakai,
tutup lah aurat mana yang wajib,
perbaiki diri hiasi akhlak..

Terasa macm Kaka pulak diri ini.... lalalalalalalala
ok back to the main point,
mesti ada yang membaca blog aku ni lalu,
mencebik , ' ala budak ni, baru nak bertatih jadi lbih baik dah meninggi diri, cerita kat public,,'
Wahai pakcik, makcik, abang, kakak mahupun kakakabang yang baca entry saya ni,
bukan itu yang saya minta,
Tapi doalah semoga Allah permudahkan urusan saya dan semoga Ramadhan kali ini memberi impak yang baik untuk diri saya dan keluarga...
Mungkin bg yang mengenali diri ini pulak akan berkata ' ala dia ni depan2 x da la mcm nak berubah sgt pon'
Yang saya harapkan adalah 'Semoga Allah beri petunjuk kepada si jia ni '
araso???? Get it??? paham???

With my Sister .. First Ramadhan without her..

P/s: Doakan jugak semoga my Abg-abg selamat mengerjakan Umrah dan dipermudahkan segalanya. And most important thing semoga Abg Tengku dapat menyatakan perasaannya kepada DIA! And semoga UPU khairi successsss! 

Wednesday 3 April 2013

Cerita Tak Bertajuk

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum...
dan hallo. hallo. hallo!

Dipagi hari yang indah, damai dan sepoi-sepoi anginnya bertiup ni.. Aku menulis di dalam kelas 6 Karisma.. Kerana aku mendapat idea yang sangat merangsangkan opsss! MEMBERANGSANGKAN secara tiba-tiba.. OK~~

Pagi ni bukak FB je tengok-tengok dan aku look-look gambar pelakon Harry Potter terpapar.. Hati aq pon berdetik dan berdetuk! ayat apakah? Kenapa mesti gambar dia? Dan sangat tidak amat dan keterlaluan tidak BEST .. Beritanya tentang KEMATIAN dia.. Ok kematian.. Nak sedih.. Bukan aku minat dia pon. HEHEHEHEHEHEHE.. Siot kau Jemah. Tulah kan kalau Alah dah kata 'KunFaYaKun' dan semua nya akan terjadi.. Kematian kita tak dapat jangka.. Tapi nasib kau lah pelakon populer oi.. Mati kau sebagai seorang KAFIR. Maaf aku tak sempat nikah dengan kau.. Tak sempat bimbing kau.. Hek3..(tak tahu lah kalau cerita ni betul ke tidak)

*Perkara Di atas Hanya Mitos Semata-mata. ok. Mitos. Kepada semua Paparazi jagan cari saya. Saya bukan GF kepada SI HARRY POTTER ni.. ok!
Dah la HOT ..

#Dan sebenarnya yang mati bukan dia,, ntah la aku baca blog ni kate dia.. Baca blog ni pulak ckap watak pakcik dia yang mati ntah la..

Jeng. Jeng. Jeng

Ni cerita yang seterusnya. Sekarang ni aku tengah mencuba untuk Struggle ,bergelut, bejuang dan ber.ber.ber untuk target untuk dpt 3.7 ke atas utk next sem.

Huhuhuhuhuhu.. Jenuh aku nak cover pointer sem satu yang hadoooo je tu.. kih3.. in sha allah everything gonna be okay babeh!

Seterusnya aku amat terharu kerana masih ada juga insan-insan BERMULUT seumpama LONGKANG di Belakang Villa Sago milik ibu bapaku! puihhhh..

Sesenang hati je dia nak cakap aku ni lemah.. Hello ko tu cuma 0.09 pointer je beza ngan aku.. heh..
Dah la.. Siap lah kau.. Sem 2 aku jatuh kan kau.. Tu luck kau je kawan.. Ingat Allah tu MAHA MENGETAHUI.. Kau tak sentiasa ada di atas dengan attitude kau tu kawan.. kebebebebebeh la kau..

Sampai di sini sahaja cerita melalut aku untuk tika ini.. :)



Sunday 3 March 2013

Form Six Je?

Assalamualaikum

Seperti biasa mood aku memang tengah 'high' untuk menulis di blog kesayangan aku ni..
Bosan? Stereotype? ade aku kesah?
Tidak sama sekali , dua kali dan seterusnya.
Aku menulis apa yang betol , yang terjadi dalam hidup aku.

So, cerita aku kali ini agak meruntun jiwa dan kalbu..
Tapi hanya bagi mereka yang memahami situasi aku..
Ye! yang MEMAHAMI sahaja!
Kta kunci kita hari ini adalah yang MEMAHAMI,,

Aku mulakan cerita aku dengan BISMILLAHIRROHMANIROHIM..
Sesungguhnya Allah itu yang amat Memahami hati hambanya ini..

Ok. Here you go.. listen up.. listen up.. my true story..

Allah kurniakan aku dengan kehidupan yang amat bahagia dan cukup menggembirakan,,
setiap apa yang aku lakukan aku pasti akan dapat hasil yang baik..
UPSR, PMR aku dpt target result aku..
Yer.. Aku mungkin riak.. Bangga dengan apa yang aku ada masa tu..
[come on la. aku tak de lah berlagak pon actually]
ok..  Hidup aku Allah sentiasa limpahi dengan kesenangan.. Ye betol KESENANGAN..
Dalam setiap aspek..
Bila aku start masuk tingkatan 4 aku tak tahu apa yang buat aku boleh leka..
Nak kata aku tak belajar.. aku belajar.. Serius..
Mungkin Allah dah tentukan jalan aku..
Asalnya seorang pelajar yang naik ke pentas dan bg tips macam mana boleh score..
tiba-tiba aku jd pelajar yang pasif..
Pelajar yang tak dapat ape-II perhatian pon. aku biasa-biasa je..
Bila result SPM keluar .. Meratap, Meraung, Menggogoi semua dah tak ada guna dah..
Nasi dah jadi bbuq kawan-kawan..
Aku dapat 5A jer.. YA semua teras.. Elaktif aku? ok la.... 
Pada aku tu tak cukup ok.. Tapi aku bersyukur..
Bila keputusan IPG , Matrik, dan UPU keluar satu pun aku tak sangkut.. Bila buat rayuan baru dapat,,
Ok memang aku tak sehebat as korang.
Aku menagis memang dah tak de air mata dah, Sampai satu tahap aku hampir GIVE UP..
Ok jujur FORM SIX tak pernah ada dalam KAMUS HIDUP aku,...
Sombong kan aku.. Ya.. Tapi pilihan ini lah yang ALLAH dah sajikan untuk aku..
Korang mungkin tak tahu apa rasanya perasaan KECEWA..
'the things that we want it badly but we could't get it. it's so frustrated..'

Saat aku melangkah ke Pintu Pagar SMK Dato' Sulaiman..
Aku memng dah bernekad aku tak kan berundur,, Tidak walau selangkah..
Sebab tu bila aku dapat UPU aku tak Pergi Sebab aku dah NEKAD..
Aku teruskan perjuangan aku..

Koramg ingat senang jadi Student Form Six? 
Selama hampir 4 bulan aku kat Form six aq still ok.. Tpi bila time taya.. Ex-classmate aku buat gathering .. Hati aku mula gundah.. Ye la aku budak Form Six je..
Tak de dewan kuliah yang aku nak bggekan.. Tak de assignment yang nak di ceritakan bersama..
Nak cerita kantin Dato'? Tak setaraf kafeteria mereka..
Nk cerita asrama? bilik aku ikhsan tuan tanah En hadznin [bapak aku lah tu]
Elaun? yang hadoo... Tajaan , biayaan dan atas tanggungjawab en hadznin dan pn dewi..

TAPI!!!!!!!

Semua tu dah bukan jadi masalah aku lg setelah hampir 2 semestar aku di form six ni..
Semua aku mampu telan dan cerna.
Cebikan makcik-II di luar sana bila bercerita ngn parent aku?
Memang dah tak heran dah..
Dieorang anggap Student form Six ni macam TAK ADA MASA DEPAN!
ok soalan yang memang wajib... 
'Anak Wi blaja mana? yang dapat 8A aritu?'
Mak aku dengan steady jawab
'Form Six je kak.. Rezki dia.'

Reaksi aku? Memang dah lali dengan semua ni..
Aku kesian dengan parents aku.. Aku tahu belom ade yang mereka boleh bangga kan tentang aku..
Ok IBU , AYAH...
Nanti bila angah dah dapat smbung blaja.. 
Angah nak bukak CONSULTANT .. Nak bantu orang..
Naikkan semangat diaorang..
Masa tu ibu ayah nak ape cakap jer.. 

Memang akan ada yang ketawa bila baca blog aku..
'Budak ni yeye or je.. Boleh ke dia dpt result STPM gempak..?'

JAWAPAN aku..:
'Semua tu kerja ALLAh, Saya dah berusaha dan dah bertawakal, In sha allah DIA yang DIATAS akan tolong saya'

#SAYA MEWAKILI STUDENT SCIENCE STREAM YANG AMEK ART STREAM MASA STPM NAK BETOLKAN PERSEPSI KALIAN BAHAWA KAMI TAK BERJAYA DALAM SCIENCE STREAM BUKAN SEBAB KAMI TAK MAMPU TPI KAMI LEBIH KEARAH ART STREAM

*Berusahalah selagi mampu. In Sha Allah jalan mu terbuka luas.*

 

Saturday 2 March 2013

' Kakak atau Abang'

Assalamualaikum
Hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu . hallu

kepada semua yang membaca entry kali ini.

Di sini ingin saya lepaskan kepenatan seketika.. 
Setelah seharian buat tour bersama RUNNING MAN! 
oyeah... wosh,wosh dan wosh
macam keterlaluan penat je.
 dari first episode until yhe latest episode aq tengok.
baru aku perasan KWANG-VATAR ada pakai satu kasut yang UNIK.
Kasut sukan dia ala-ala selipar. Keterlaluan unik!

Ok sekarang kita masuk ke ENTRY YANG SEBENARNYA!
First of all aku nak ucap TAKZIAH kepada Perwira kita yang gugur di LAHAT DATU.. 
Semoga roh mereka ALLAH tempatkan Dikalangan Insan-insan yang Beriman.
Tak kiralah apa sekali pun spekulasi tentang berita tersebut. Kita ada pemikiran masing-II..
So, berhak berfikir kearah yang kita nak. OK.
Yang di atas ni pun bukan entry sebenar aku.
Hah ni yang sebenar. Serius. Tak tipu.

Ok semalam aku berjimba bersama ibu dan adik ku uda di CAREFOUR so, otw ke sana aku nampk lah banner di hadapn Surau Taman Koperasi, Nak dijadikan Cerita esok ade ceramah USTAZAH ASNI ala ustazah yang kat TB9 tu.. hah! AL-HAFIZAH ok.. Mesti banyak input..

Rancang punya rancang esok kami dijadualkan ke sana.. Wah.
macam nak pergi mana je lah kan.
Ok cerita itu stop di situ..

Ini cerita aku yang seterusnya,
Ok aku jalan dalam dan luar Carefour,
kat parking,
Di Dataran Penggaram Batu pahat, 
Di parkir kereta Fikrah,
Dan juga di tepi-II jalan nak balik rumah,
dapat ku lihat ramai 'aweks'
ok ade makna di situ.. Aweks yang aku x sure nak panggil kakak, or abang!
Ok simple. Mak dan Kakak Nyah....
Ok. cukup mual aku melihat mereka... Namun ada satu dalam kepala aku,
Kenapa dorang lagi cantik dan menarik dari kami yang dijadikan Allah sebagai WANITA TULEN ini? 
Terpusing-pusing kepala pakcik-pakcik bermata cemeh melihat mereka tersebut..
Pakcik come on la. mereka 2 sama macam pakcik. LELAKI ok..

Ok.. Motif nya sekarang ni.. Manusia ni dah lupa asal usul dorang,
kenapa allah jadikan kita kat bumi DIA ni..
Ya allah.. Memang kita sedang berada di Akhir-akhir zaman..
Ya Allah matikan lah aku dalam keadaan beriman .

*mungkin ada yng terfikir 'macam mana si penulis ni boleh cam kakk abang tu ekh?'
 hello uoollllzzzz senang je. tengok lah Adam's apple mereka! hoyeh. Hanya lelaki tulen yang  ada! 

 

Wednesday 27 February 2013

I'm not FAT. I'm just easy to SEE!

ASSALAMUALAIKUM

Dikala ini semua classmate ku sibuk mengupdate nota-nota mereka.. Aku? Sibuk mengupdate nota MAYA aku ni.. OK! Aku baru perasan blog aku yang sangat kurang mendapat pageview ni sangat CHILDISH ! SANGAT ok! Bukan sedikit sangat nya.. Tapi.. KETERLALUAN SANGAT CHILDISH! dush kena sebijik kat muka kau cik rose..

Menulis bagai nak rak.. Bukan main.. Tapi page view still sikit.. HAMPEH.. Ok kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, cikgu-cikgu mahupun bapak-bapak yang membaca entry aku kali ni.. [macam ramai je]

Apa pon tak bole.

muahahhahahahahahahahahaha.. Ok Motif ape pulak kali ni aku menulis? Ok actually cik rose nak berkongsi tentang benda harian yang berlaku dalam hidup cik rose je.. Tiada apa yang menarik tapi ade aq kesah? nak share gak..

Adalah sekali ni cik rose bercerita dengan kawan-kawan cik rose yang sekepala dan sebulu dengan cik rose pasal DIET! muahahahahahaha! cik rose ni memang la jenis yang BODY tak berapa nak kurus lah kan tapi 'i'm not FAT i'm just EASY to see'.. muahahahaahhaha.. Pada aku la selagi aku tak kacau kau tak perlulah pertikaikan kecantikan body i! ok. NOKTAH! Bila mereka tanya kenapa aku 'berisi' jawapan aku senang je.. 'Body frame family aku memang besar'.. Ok! alasan yang amat klise. bak kata My Beloved And Super Cute Ibu..' Alasan tu ibu dah dengar dari dulu lagi dah angah'

ok malu! 

Bukan salah aku BERBADAN TAK BERAPA NAK SLIM! muahahahahah.. Dah baka nak buat macam mana..

Tapi kawan-kawan seperjuangan aku selalu pelik. Soalan biasa yang aku dengar.. 'macam mana kau berhadapan dengan orang ek jia? macam mana kau bole confident ek bila dengan orang'. As simple as eating nuts. Ok. Tak payah la kau sibuk memikir ape yang ada dalam KOTAK FIKIRAN orang yang berada di hadapan kau tu! hah. SIMPLE. SENANG. Orang 'berisi' pon manusia kan? Kenapa? Ade ke SYARAT AM kemasukan ke IPTA tu cakap pasal 'hanya student yang ade body shape cantik jek bole apply'.. SILAP BESAR adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu! Yang penting PANDANGAN ALLAH bukan PANDANGAN MANUSIA..

 So, pada aku bentuk badan bukan masalah besar! ok. TITIK. ade orang nak kurus sebab nak try macam-macam trend fesyen sekarang.. AKU? memang t-shirt , jeans and selipar jamban aku je la.. Tak payah nak ber peplum sangat. [tak tahu la betul ke tak name baju yang berombak-ombak tu].. Tapi kalau aku nak diet mungkin ade satu sebab jek kot.. 'sebab ibu, ayah aku dah tak dapat tanggung aku lagi'....

Maaf kalau ada diantara words yang aku guna agak kasar.. Biane! 

Konklusinya, niat kita yang akan membantu proses ! Berdiet la kerana kau mahu memudahkan pergerakan kau BERIBADAH.. Bukan kerana TREND PAKAIN sekarang yang INDAH-INDAH belaka!  ^^